Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rafizi cabar k'jaan dedah cukai 'diam-diam' harga minyak

ULASAN Sejak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengapungkan harga minyak petrol (RON95 dan RON97) dan diesel mengikut harga pasaran, harga ditetapkan boleh dikira sendiri orang ramai dengan merujuk kepada laporan harga pasaran terkini.

Formula kiraan bagi RON95 contohnya adalah mudah, iaitu:

RON95Ogos16 [MYR] = MOPS95Ogos16 [MYR] + 32sen

MOPS95Ogos16 [MYR] adalah purata harga pasaran RON95 yang didagangkan di Singapura seperti dilaporkan oleh Platts; dan 32sen adalah jaminan keuntungan dan bayaran kos kepada pengusaha stesen minyak dan syarikat minyak.

Sejak Julai 2015, saya telah mengira sendiri harga RON95 yang sepatutnya mengikut formula apungan yang diumumkan oleh kerajaan sendiri untuk memastikan kerajaan tidak mencukai rakyat secara diam-diam.

Jika harga yang ditetapkan adalah lebih tinggi dari harga apungan mengikut formula di atas, itu bermakna kerajaan mencukai rakyat secara senyap-senyap.

Cukai 10sen?

Saya boleh memaklumkan bahawa kiraan mengikut formula harga apungan bagi bulan Ogos 2016 (menggunakan harga pasaran purata dan kadar tukaran purata sepanjang Julai 2016) menunjukkan bahawa harga RON95 sepatutnya turun lagi sebanyak 10 sen seperti dalam jadual di bawah:

Bagaimanapun, harga di stesen minyak seperti yang diarahkan oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menunjukkan harga RON95 kekal pada RM1.75 seliter.

Ini bermakna sepanjang bulan Ogos 2016, rakyat Malaysia akan membayar 10sen cukai bagi setiap liter RON95 yang dibeli.

Saya percaya keadaannya sama bagi RON97 dan diesel walaupun saya tidak melakukan kiraan bagi kedua-dua jenis minyak itu.

Dengan anggaran penggunaan minyak tahunan sebanyak 17 bilion liter berdasarkan laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) bagi tahun 2011 (iaitu anggaran konservatif kerana penggunaan minyak tahunan meningkat berkadar dengan jumlah kenderaan), cukai 10sen setiap satu liter bersamaan dengan anggaran kutipan cukai RM142 juta bagi bulan Ogos 2016 ini.

Saya percaya cukai RM142 juta ini dikutip bagi menampung subsidi yang ditanggung oleh kerajaan bagi bulan Mei 2016 dan Jun 2016.

Cukai diam-diam

Ini apabila kerajaan menetapkan harga minyak lebih rendah daripada harga apungan mengikut formula kerana pilihan raya negeri Sarawak (Mei 2016) serta pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar (Jun 2016).

Menetapkan harga mengikut kepentingan politik perdana menteri dan BN adalah melampau.

Ini apabila Najib sendiri mengumumkan bahawa kerajaan akan menetapkan harga mengikut harga pasaran.

Sebaliknya yang berlaku harga minyak ditetapkan mengikut kesesuaian dan kepentingan beliau sendiri.

Jika ini berterusan, ia bermakna rakyat boleh sahaja dicukai secara senyap-senyap pada masa ia menguntungkan BN dan kutipan itu dibelanjakan pula pada ketika kempen pilihan raya untuk memastikan BN mendapat kelebihan berganda berbanding pembangkang.

Saya mendesak supaya KPDNKK menyiarkan secara terperinci jadual kiraan sejak dasar apungan harga mengikut pasaran ini dilaksanakan untuk membolehkan rakyat menilai berapa banyak cukai yang telah dikutip secara diam-diam.


RAFIZI RAMLI naib presiden/setiausaha agung PKR merangkap anggota parlimen Pandan.

Lihat Komen
ADS