Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Maxis Bhd berusaha untuk meningkatkan purata pendapatan bagi setiap pengguna (ARPU) untuk pelan prabayarnya, Hotlink, dengan memperkenalkan inisiatif digital melibatkan permainan "Pokemon GO".

Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis, Navin Manian memberitahu Bernama: Pelancaran Hotlink FAST baru-baru ini dan inisiatif digital seperti 'Pokemobiles' hari ini, boleh mengurangkan kesan penurunan suara dan SMS yang berterusan.

Syarikat telekomunikasi itu bekerjasama dengan platform aplikasi mudah alih, Grab (sebelum ini dikenali sebagai MyTeksi) untuk melancarkan empat kereta "PokeMobiles", yang membolehkan pemain Pokemon GO menempah perjalanan percuma untuk bermain permainan itu, apabila permainan itu dilancar di negara ini.

Jumlah pelanggan prabayar Maxis semakin merosot dengan pelanggan menjana pendapatan seramai 8.11 juta pada suku kedua tahun ini (2Q16) berbanding 8.96 juta pelanggan pada suku sebelumnya.

Ia juga jatuh berbanding 9.07 juta yang didaftar pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Pendapatan prabayar pada separuh pertama tahun ini juga susut kepada RM1.97 juta berbanding RM2.06 juta pada separuh yang sama tahun lepas.

Pada April lepas Maxis memperkenalkan Hotlink FAST, pelan prabayar yang menawarkan dua gigabait (GB) data percuma setiap hujung minggu (atau 8GB sebulan) sepanjang hayat, untuk pelanggan menikmati penstriman, pelayaran dan perkongsian data.

Navin berkata, penukaran set mudah alih kepada telefon pintar akan menyumbang kepada lebih banyak penggunaan data di kalangan rakyat Malaysia dan pekerja asing di negara ini.

"Apa yang menarik sekarang ialah kami mendapati peningkatan penggunaan telefon pintar di kalangan segmen pekerja asing.

"Oleh itu kami tidak lagi memberi fokus kepada harga dail terus antarabangsa seperti sebelum ini dan kami juga menjual internet kepada mereka. Itulah tumpuan kami pada masa depan," tambahnya.

Sementara itu, di sidang akhbar sebelum itu, Navin berkata, pemain PokeMobile yang juga pelanggan Hotlink, akan mendapat kelebihan dalam bentuk 'PokeCoins' percuma bernilai US$100 melalui tunai dalam talian Hotlink.

"Tunai dalam talian Hotlink ialah kredit Hotlink yang kini boleh diguna untuk belian aplikasi atau barangan dalam aplikasi seperti PokeCoins di kedai Google Play," tambah beliau.

- Bernama

Lihat Komen
ADS