Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parti baru Mahathir hanya untuk Melayu, bumiputera
Diterbitkan:  Aug 5, 2016 11:19 AM
Dikemaskini: 4:54 AM

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin hari ini mengesahkan bahawa parti politik baru yang akan didaftarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah parti Melayu/Bumiputera (peribumi).

“Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.

“Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang BN. Perbincangan awal telah pun dimulakan,” katanya di blog.

Kadir - yang menyatakan sokongan untuk pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’ yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - berkata ini adalah antara fakta awal atau tentatif yang didengarnya mengenai parti itu.

Kadir yang juuga adalah bekas ketua editor Kumpulan New Straits Times juga mengesahkan bahawa permohonan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dilakukan secara atas talian seawal hari ini.

"Dokumen sokongan akan dihantar secara peribadi pada hari Isnin,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa penaja parti itu terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing sebagai presiden, setiausaha dan bendahari.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada bekas ketua wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, bekas ketua Pemuda Umno, Bendang Baru Akhramsyah Sanusi dan pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Kadir berkata parti baru itu juga difahamkan akan memasukkan ke dalam perlembagaannya ikrar berkaitan reformasi sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta mengehadkan tempoh pemegangan jawatan parti.

“Ia berhasrat menggabungkan perjuangan dan pengalaman generasi lama dengan aspirasi dan kecerdasan minda generasi baru,” katanya.

Muhyiddin semalam mengesahkan bahawa parti baru akan didaftarkan tidak lama lagi, berikutan mesyuarat yang diadakan pada malam sebelumnya.

Kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa penaga terdiri daripada bahli Umno yang dipecat berikutan k kritikan terbuka mereka ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan skandal ‘derma’ RM2.6 bilion.

Lihat Komen
ADS