Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Calon sinematografi terbaik di FFM tarik diri tanda protes
Diterbitkan:  Aug 6, 2016 9:29 AM
Dikemaskini: 1:44 AM

Md Nor Kassim, yang telah dicalonkan untuk kategori sinematografi terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, mengumumkan menarik diri daripada pencalonan itu.

Ini di tengah-tengah kontroversi yang memalit FFM tahun ini berhubung mengasingkan filem terbaik, pengarah terbaik dan lakon layar terbaik ke dalam kategori bahasa Melayu dan kategori bahasa bukan Melayu.

Menulis di Facebook, Md Nor berkata: "Dengan rasminya sy menarik diri dari calon akhir ffm28, bukan takut bertanding tp sy menolak keras unsur Rasic..sekian terima kasih .."

Md Nor adalah juru sinematografi untuk filem 'Bravo V', yang telah dicalonkan untuk kategori itu bersama dengan filem Polis Evo, Munafik, Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit dan Jagat.

Pengumumannya dibuat selepas pelakon Afdlin Shauki memutuskan untuk memboikot FFM tahun ini, yang akan berlangsung pada 3 September, atas sebab yang sama.

Menurut The Daily Seni, Md Nor pernah dua kali memenangi kategori sinematografi terbaik bagi filem 'SETEM' pada 2009 dan 'Hikayat Merong Mahawangsa' pada tahun 2011.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS