Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Parti pribumi Mahathir: Bangsa lain boleh jadi ahli sekutu

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan bahawa bangsa lain juga boleh menyertai parti politik baru yang bakal diterajuinya, tetapi hanya sekadar ahli bersekutu.

“Mereka punya hak sama kecuali untuk bertanding mana-mana jawatankuasa. Namun boleh dilantik untuk menganggotai mana-mana jawatan,” katanya.

Bekas timbalan perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya.

Beliau juga mengesahkan laporan media bahawa parti itu akan dinamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Selain Muhyiddin yang bakal menjadi presiden parti, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi pengerusinya.

Keahlian parti ini terbuka kepada semua yang berstatus pribumi, Melayu dan bumiputera termasuk org asli di Sabah dan Sarawak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS