Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli berhubung kenyataannya yang mendakwa LTAT mengeluarkan dividen terendah - 6 peratus - pada 2015.

Rafizi dikatakan membuat kenyataan itu di laman Facebook beliau pada 24 Julai, dengan tajuk "Dividen 6% Yang Diumumkan oleh LTAT bagi 2015 Adalah Paling Rendah Sejak 1973".

LTAT menuntut permohonan maaf dari ahli Parlimen Pandan yang juga naib presiden PKR itu atas kenyataannya yang 'mengeliru dan tidak tepat' itu serta janji bertulis bahawa beliau akan berhenti daripada menerbitkan artikel yang serupa.

Menurut surat guaman bertarikh 1 Ogos, Rafizi telah membuat dakwaan bahawa bonus enam peratus dibayar kepada ahli-ahli tertentu.

Menurut surat lagi, pihaknya telah dimaklumkan oleh pelanggannya bahawa bonus enam peratus dibayar kepada 'semua ahli dan adalah tidak betul untuk menyatakan bahawa ia dibayar untuk ahli-ahli tertentu sahaja,

Jika Rafizi gagal berbuat demikian, menurut surat itu, pelanggannya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

LTAT juga menuntut Rafizi berhenti daripada membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu kerana terdapat satu kes terhadapnya di mahkamah.

Rafizi juga berdepan dengan pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan sebahagian daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB sebagai sebahagian daripada pendedahan berkaitan LTAT itu.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih kekal sebagai dokumen sulit.

[Baca berita penuh]