Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
USM ubah tarikh konvo selepas bantahan siswa India
Diterbitkan:  Aug 11, 2016 1:01 PM
Dikemaskini: 5:33 AM

Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail memperkenankan upacara konvokesyen ke-54 universiti berkenaan berlangsung mulai 24 Oktober hingga 27 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat setelah beberapa aduan dibuat oleh penuntut USM yang beragama Hindu mengenai tarikh asal konvokesyen tersebut mulai 24 Oktober hingga 28 oktober.

"Duli Yang Maha Mulia Canselor USM telah memperkenankan.

"Perincian tentang kedudukan ijazah mengikut sidang akan diumumkan kemudian.

"Ini adalah berikutan dengan bilangan graduan sebenar diperolehi setelah mesyuarat majlis peperiksaan universiti baru-baru ini yang mencecah sekitar 6,330 orang yang boleh diadakan dalam 8 Sidang.

"Jumlah ini akan disahkan oleh senat universiti pada hujung bulan ini," kata USM dalam laman webnya.

Terdahulu, isu tarikh konvokesyen tersebut mendapat perhatian banyak pihak yang mengkritik penetapan tarikh asal acara tersebut yang tidak sensitif dengan perayaan agama orang India di negara ini.

Deepavali akan disambut di semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak pada 29 Oktober.

Mengulas lanjut, USM menambah, tarikh konvokesyen biasanya dapat dimuktamadkan setelah mendapat statistik sebenar mereka yang akan menerima ijazah untuk diagihkan mengikut kapasiti Dewan Tuanku Syed Putra USM.

"Keputusan memuktamadkan tarikh konvokesyen juga dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Konvokesyen USM yang telah diadakan semalam," jelasnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS