1MDB menafikan menawarkan pinjaman perniagaan atau melantik wakil untuk mengutip bayaran atau caj pemprosesan sebarang permohonan berkaitan syarikat itu.

“1MDB sudah membuat laporan polis berkaitan perkara ini.

“Kami meminta pihak yang didekati berkaitan perkara ini juga membuat laporan polis dengan segera,” kata syarikat pelaburan negara sarat hutang itu dalam kenyataan hari ini.

1MDB berkata pihaknya telah mendapat maklumat bahawa terdapat beberapa individu menyamar sebagai pegawai 1MDB untuk menawarkan pinjaman peragaan dan mengutip yuran pemprosesan.