Paling Popular
Terkini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menegaskan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang dipilih secara demokrasi, yang membuat keputusan secara bersama.

"Saya bukan 'one man show', Saya bukan diktator," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tangga Batu di Melaka hari ini.

Bagi menjelaskan perkara itu, Najib berkata walaupun mendapat tekanan dari individu tertentu supaya membina jambatan bengkok, beliau membawa perkara itu kepada Majlis Tertinggi Umno, di mana ia secara kolektif membuat keputusan menolak projek jambatan itu.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, ia jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan projek jambatan bengkok yang sepatutnya menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata ada yang mengatakan beliau bodoh kerana telah mengubah perlembagaan untuk memberi peluang kepada 160,000 anggota Umno memilih presiden mereka, namun itu perlu dilakukan untuk mengukuh perjuangan parti untuk negara.

"Saya hendak jadi seorang presiden yang dipilih ahli, sebelum ini nak lawan kena ada 56 pencalonan. Nak dapat satu pun susah... 56 mustahil. Kalau saya kekal perlembagaan, senang-senang saya jadi PM lebih 22 tahun," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS