Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak dua tahun maut, lemas dalam tong air

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh dalam tong air di bilik air rumah keluarganya di Seksyen 24 di Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata mangsa, Iman Harris Mohd Syazwan ditemui ibunya dalam keadaan kepala berada dalam tong yang dipenuhi air kira-kira pukul 10 pagi.

"Sebelum kejadian ibu mangsa yang berusia 29 tahun tidur bersama mangsa dan lebih kurang jam 10 pagi apabila ibunya bangun (dari tidur) mendapati mangsa tiada di sisinya.

"Ibu mangsa terus ke bilik air kerana nampak pintu bilik air terbuka dan
mendapati mangsa dalam keadaan tersembam di dalam tong tadahan air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ibu Iman Harris kemudian membawa anaknya itu ke sebuah klinik kesihatan di Seksyen 19 di Shah Alam selepas mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak bermaya.

"Bagaimanapun pihak klinik membawa mangsa ke Hospital Shah Alam berikutan keadaan kanak-kanak tersebut yang tidak sedarkan diri, namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital," katanya.

Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Iman Harris mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

-Bernama

Lihat Komen
ADS