Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nawawi: Saya kata 'MO Number One', bukan MO1
Diterbitkan:  Aug 18, 2016 12:18 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Anggota parlimen Langkawi menjelaskan status kontroversinya mengenai Yang di-Pertuan Agong di media sosial tiada kena mengena dengan saman Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS).

Datuk Nawawi Ahmad malah berkata, beliau tidak langsung menyebut perkataan Malaysia Official 1 yang digunakan 36 kali dalam saman DOJ untuk merampas aset berkaitan 1MDB itu.

"Ada dua perkara yang berbeza dalam hal ini, DOJ sebut MO1 ialah Malaysian Official One, manakala saya pula menyebut Malaysia Official Number One," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Semalam dalam tulisan di Facebooknya, Nawawi menulis bahawa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

Namun, selepas empat jam, tulisan di Facebook itu disunting dengan berkata, mengikut perlembagaan MO1 bukan Najib beliau mungkin MO2, MO3 atau MO4.

Sidang DUN Kedah semalam panas apabila bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuntut Nawawi memohon maaf kepada Agong berhubung kenyataan itu.

Seri Paduka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah juga merupakan sultan Kedah.

Dalam laporan akhbar harian itu, Nawawi berkata sebagai rakyat Malaysia, tidak menjadi kesalahan serta menjadi hak peribadinya untuk membuat definisi sesuatu perkara berdasarkan perlembagaan.

"Saya berpendirian tidak salah bagi saya mendefinisikan perkara yang tidak ada kena mengena dengan hal DOJ dan 1MDB seperti yang cuba dikaitkan oleh kumpulan ADUN (pembangkang) berkenaan,” katanya.

Lihat Komen
ADS