Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
EAIC alukan dakwa polis sebabkan tahanan meninggal
Diterbitkan:  Aug 18, 2016 5:50 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyambut baik pendakwaan jenayah oleh Jabatan Peguam Negara terhadap tiga anggota polis yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan pada 2014.

Mangsa Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur meninggal dunia dalam tahanan polis Kota Tinggi, Johor pada 3 November 2014.

Ketiga-tiga anggota polis itu dituduh bawah seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan kes itu telah dipanggil di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada 16 Ogos dan disambung bicara pada 17 Ogos 2016.

Jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga anggota tersebut boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali, menurut Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam.

Dalam kenyataannya hari ini, Yaacob mengingatkan pada dapatan siasatan mereka tahun lalu yang mendapati kematian mempunyai kaitan dengan penggunaan kekerasan fizikal oleh polis yang menjalankan tangkapan dan soal siasat.

EAIC turut mengalu-alukan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) polis mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai dan anggota-anggota yang telah dikenal pasti melakukan salah laku.

Lihat Komen
ADS