Pasukan AS pohon maaf reka cerita rompakan palsu
Dua perenang Olimpik Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam dakwaan kejadian rompakan bersama pemenang pingat emas, Ryan Lochte telah mendapat semula pasport mereka dan meninggalkan Brazil, menurut pasukan Olimpik AS malam tadi.
Ketua Eksekutif Pasukan Olimpik AS, Scott Blackmun menjelaskan insiden membabitkan Gunnar Bentz, Jack Conger, James Feigen dan Lochte pada awal hari Ahad yang lalu di Rio de Janeiro dan memohon maaf atas apa yang dipanggil sebagai 'pengalaman pahit yang mengganggu'.
Pada mulanya, Lochte menceritakan lelaki yang menyamar sebagai polis telah merompak beliau dan rakan sepasukan tetapi kenyataan itu kini berubah, memetik laporan dpa.
"Seperti yang kita fahami, empat atlet (Bentz, Conger, Feigen dan Ryan Lochte) meninggalkan France House awal pagi 14 Ogos yang lalu dengan menggunakan sebuah teksi, menuju ke Kampung Olimpik," kata kenyataan itu.
"Mereka berhenti di stesen minyak untuk pergi ke tandas dengan salah seorang daripada atlet berkenaan melakukan vandalisme.
"Pertengkaran berlaku sesama atlet dan dua kakitangan keselamatan bersenjata stesen minyak itu yang menunjukkan senjata mereka telah mengarahkan atlet keluar dari kenderaan dan membuat pembayaran.
"Sebaik sahaja pegawai keselamatan menerima wang daripada atlet, mereka dibenarkan untuk beredar."
James Feigen telah menyediakan kenyataan semakan semula dengan harapan untuk mendapatkan kembali pasportnya secepat mungkin, ujar Blackmun.
Ryan Lochte pula yang menunggu pasportnya dirampas tetapi telah pulang semula ke AS sebelum pihak berkuasa sempat berbuat demikian.
Pasukan AS akan menyemak perkara ini dan sebarang potensi kesan kepada atlet selepas pulang semula ke negara tersebut, menurut kenyataan itu lagi.
- dpa

