Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah isytihar kenaikan cukai pintu MPHTJ tak sah
Diterbitkan:  Aug 19, 2016 5:56 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Mahkamah Tinggi Melaka memutuskan keputusan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang menaikkan kadar cukai pintu sebagai terbatal dan tidak sah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Firuz Jaffril berkata kenaikan itu tidak mengikut prosedur di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

MPHTJ adalah salah satu daripada empat majlis tempatan di Melaka.

Tindakan mahkamah itu dibawa oleh ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong dan isterinya Lee Wei Cheng yang rumahnya juga terjejas dengan kenaikan 30 peratus tersebut.

Plaintif berhujah bahawa kenaikan cukai berkuat kuasa Julai tahun lalu adalah tidak sah kerana MPHTJ gagal mengesahkan senarai nilaian terlebih dahulu mengikut Seksyen 143 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Mahkamah Tinggi dalam keputusannya hari ini bersetuju dengan hujah plaintif.

Peguam Ng Kok Peng dan Terrance Chan mewakili pihak plaintif. MPHTJ menyatakan bahawa pihaknya akan meembuat rayuan.

Ketika dihubungi, Khoo menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan untuk rakyat.

Khoo berkata ramai penduduk yang mengadu mengenai kenaikan itu dan beliau mengambil keputusan mencabar kenaikkan itu di mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS