Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sept, tarikh akhir fail cabaran terhadap saman DOJ

Mereka yang dinamakan dalam saman pelucuthakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan dengan 1MDB, perlu memfailkan cabaran terhadap tuntutan jabatan tersebut pada awal bulan September.

Walaupun laporan awal menyatakan bahawa tarikh akhir untuk mereka yang dinamakan itu untuk hadir di mahkamah ialah pada 22 Ogos, DOJ berkata tidak ada perbicaraan pada hari tersebut.

"Tidak ada pendengaran pada hari Isnin dan tiada yang dijadualkan oleh mahkamah sekarang.

"Sebagai satu proses, tuntutan hendaklah difailkan oleh mereka yang mahu mencabar kes pelucuthakan itu. Tarikh akhir adalah pada awal bulan September," kata seorang jurucakap DOJ kepada Malaysiakini dalam emel semalam.

Jurucakap itu berkata mereka akan memaklumkan kemudian mengenai tarikh sebenarnya.

Antara empat orang yang dinamakan dalam aduan DOJ itu adalah anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - dan ahli perniagaan Jho Low.

Dua lagi ialah pegawai kerajaan Abu Dhabi - Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

DOJ telah memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwanya telah dibeli menggunakan dana daripada 1MDB.

Ia juga merancang untuk mengembalikan hasil jualan aset itu kepada Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS