Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ling petik kes MB Pahang lawan Utusan untuk batal saman Najib

Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik akan memetik kes Mahkamah Rayuan antara Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Utusan Malaysia sebagai alasan untuk membatalkan saman terhadapnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Ling, Ranjit Singh berkata demikian selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan 29 September ini untuk mendengar permohonan itu dan juga permohonan Najib membatalkan pembelaan Ling.

"Kami akan menggunakan keputusan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes MB Pahang di mana (ia telah memutuskan bahawa) wakil rakyat tidak dibenarkan untuk mendakwa.

"Langkah itu (saman Najib) dilihat sebagai menyekat kebebasan bersuara," kata Ranjit.

Beliau berkata pihaknya telah diarahkan oleh mahkamah untuk menyediakan hujahan mereka pada tarikh perbicaraan kerana perkara itu tidak boleh didengar hari ini berikutan satu lagi pendengaran penting.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS