Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DiCaprio digesa pulangkan wang 1MDB yang didakwa diterimanya
Diterbitkan:  Aug 26, 2016 9:37 AM
Dikemaskini: 1:59 AM

NGO antarabangsa, Bruno Manser Fund (BMF) menggesa pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio memulangkan semua dana yang didakwa diterima olehnya dan yayasannya dari individu yang berkaitan dengan 1MDB.

Dalam suratnya kepada pelakon itu, BMF meminta DiCaprio mendedahkan dan memulangkan sebarang dana yang mungkin diterimanya dari anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - dan rakan-rakannya Jho Low dan Tan Kim Loong serta syarikat produksi Riza, Red Granite Pictures.

"Kami sangat terganggu bahawa Leonardo DiCaprio dan yayasannya terima aset yang berasal dari hasil rasuah di Malaysia.

"Ini adalah sesuatu yang mengaibkan dan amat bercanggah dengan pengisytiharan matlamat Yayasan DiCaprio Leonardo.

"Kami menyeru DiCaprio meminta maaf dan membayar balik semua wang kotor ini kepada rakyat Malaysia," kata pengarah BMF, Lukas Straumann dalam surat tersebut.

Ini selepas Jabatan Keadilan AS (DOJ) memfailkan saman pelucuthakan ke atas aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli dengan wang yang disalahgunakan daripada 1MDB.

Dalam dokumen mahkamahnya, DOJ mendedahkan bahawa DiCaprio, yang dirujuk sebagai Hollywood Actor 1, mempunyai hubungan rapat dengan Riza dan Jho Low.

Ia telah dilaporkan bahawa DOJ didakwa berkata sumbangan tertentu kepada badan amal pemenang Oscar itu datang terus daripada dana yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Saman sivil DOJ itu secara khusus menamakan hanya empat orang - Riza, Low dan dua orang pegawai kerajaan Abu Dhabi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS