Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guling Najib: Menteri minta tiga Tan Sri bersihkan nama
Diterbitkan:  Aug 26, 2016 9:23 PM
Dikemaskini: 1:27 PM

Seorang menteri tampil meminta tiga bekas pegawai tinggi kerajaan "membersihkan nama mereka" berhubung gambaran bahawa mereka terlibat dalam konspirasi untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed "tidak boleh berdiam diri".

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu merujuk kepada laporan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran bahawa Najib mungkin sudah tersingkir daripada jawatannya itu sekarang jika tiga Tan Sri itu tidak dikhianati.

"Lebih baik kalau tiga Tan Sri ini tampil menafikan (laporan itu) kalau betul tidak ada berlaku seperti yang disebut Dr Mahathir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Parti Sulong di Batu Pahat, hari ini.

Semalam, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Sri Zahrain Mohamed Hashim turut membuat gesaan serupa kepada ketiga-tiga Tan Sri itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS