Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dua beradik rentung dalam kebakaran
Diterbitkan:  Aug 27, 2016 8:30 AM
Dikemaskini: 12:32 AM

Dua beradik perempuan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah mereka di Keningau pada kira-kira 1 pagi
tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada 1.13 pagi ketika rumah di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom itu difahamkan sudah musnah 70 peratus.

"Sepasukan 11 anggota bomba dengan dua jentera dan satu kenderaan utiliti tiba di tempat kejadian kira-kira tujuh minit selepas panggilan kecemasan diterima.

"Rumah tersebut jenis separuh kekal dan sebaik bomba tiba telah 100 peratus musnah. Terdapat dua mangsa terperangkap dan mati rentung dalam rumah," katanya.

Menurut kenyataan itu, dua beradik itu dikenal pasti sebagai Vanessa Sim Suk Ling, 15, dan Jaslina Sim Suk Fah, 12.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Keningau, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS