Menteri nafi sekolah ditutup esok
Diterbitkan: Aug 29, 2016 6:46 PM | Dikemas kini: Aug 29, 2016 6:50 PM
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan kementerian tersebut berhubung penutupan sekolah esok akibat jerebu.
Penafian itu dibuat menerusi laman Twitter dan Facebook peribadi beliau
hari ini.
"Saya menafikan yang KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) ada mengeluarkan kenyataan media ini," katanya beserta lampiran kenyataan palsu itu.
-Bernama

