Pelajar saman polis, dakwa disekat jumpa peguam
Tiga pelajar, yang ditahan kerana disyaki menceroboh sebuah universiti bagi mempromosi perhimpunan #TangkapMO1, hari ini menyaman pihak berkuasa.
Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli, Mohamad Luqman Nul Hakim Zul Razali dan Muhammad Ashraff Nazrin Noor Azman, memfailkan sama itu di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Peguam Mohd Fitri Asmuni berkata anak guamnya bertindak demikian kerana polis didakwa menghalang hak asasi plaintif bertemu dengan peguam semasa tiga hari dalam tahanan.
Empat pihak dinamakan dalam saman itu, iaitu pegawai penyiasat siasatan jenayah ibu pejabat polis daerah Perak Tengah Inspektor Khoo Thean Heng, ketua polis daerah Perak Tengah, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia.
Plaintif menuntut satu deklarasi bahawa sekatan bagi mereka mendapat khidmat guaman ketika ditahan adalah suatu perlanggaran terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Pelajar itu juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan; faedah 8 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ Saman sehingga penyelesaian penuh; kos dan lain-lain relif yang difikirkan suai oleh mahkamah.
Saman difailkan melalui tetuanTetuan Awi & Co.

