Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warga asing beli hartanah PP turun 50% sejak 2013
Diterbitkan:  Sep 2, 2016 6:58 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Pembelian hartanah oleh warga asing di Pulau Pinang telah menurun sebanyak lebih 50 peratus sejak 2013, kata Exco Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo.

Kata beliau, kerajaan negeri mengakui warga asing mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi disebabkan susut nilai matawang tempatan.

"Belian pukal mungkin boleh menyebabkan peningkatan luar biasa dalam harga hartanah di Pulau Pinang akibat aktiviti spekulasi," akui beliau dalam kenyataan, hari ini.

"Atas kesedaran itu, Pulau Pinang telah memperkenalkan beberapa langkah bagi mengawal pembelian hartanah oleh warga asing," ujar Jagdeep.

Beliau merujuk kepada kenyataan Heritage Action Group Pulau Pinang yang mengadu sebuah firma Singapura telah membeli 200 hartanah di pinggir tapak warisan George Town, Jalan Bertam dan Lebuh Noordin.

Seramai 26 penduduk telah diberikan notis pengusiran sejak 24 Ogos lalu, dan diarahkan supaya mengosongkan premis mereka sebelum 30 September ini.

Mengulas lanjut, Jagdeep berkata, pihaknya telah menyenaraikan beberapa langkah dalam dasar perumahan di negeri itu sejak memerintah selepas pilihan raya umum pada tahun 2008.

"Mulai 1 Julai 2012, warga asing hanya dibenarkan membeli hartanah berharga tidak kurang daripada RM2 juta di pulau itu dan tidak kurang daripada RM1 juta di tanah besar.

"Bagi hartanah berstrata (pangsapuri), warga asing tidak dibenarkan untuk membeli hartanah berharga kurang daripada RM1 juta di kedua-dua pulau itu," tambah beliau.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS