Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Polis akan siasat dakwaan lokap ‘buruk’ Namewee
Diterbitkan:  Sep 2, 2016 6:58 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Ketua Polis Negara berkata polis untuk menyiasat tuntutan 'amat dikesali lokap' Namewee

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan meneliti kenyataan penyanyi rap Namewee yang mendakwa keadaan lokap di negara ini dalam keadaan yang buruk.

"Sudah tentu, ya. Kita sedar apa yang dia kata itu,” kata Khalid pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab menolak dakwaan Namewee dan menuntut supaya beliau membuat laporan polis supaya perkara itu boleh disiasat.

Namun bagi ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, tidak ada keperluan untuk polis menunggu laporan dibuat sebelum menjalankan siasatan dalaman berhubung keadaan lokap di negara ini.

Namewee atau nama penuhnya Wee Meng Chee, ditahan selama empat hari minggu lalu di lokap polis Bayan Baru berhubung siasatan video muzik kontroversi 'Oh My God' yang didakwa menghina agama.

Selepas dibebaskan, beliau menulis di Facebook mengenai keadaan lokap yang menyedihkan itu dan melahirkan kebimbangan bahawa 15 tahanan Myanmar yang juga ditahan bersama mungkin mati semasa dalam tahanan.

Mengulas dakwaan itu, Khalid hari ini berkata membuat laporan polis adalah perkara terbaik, tetapi pihaknya tetap boleh bertindak berdasarkan dakwaan Namewee itu.

Ketua polis negara itu bagaimanapun berkata tidak semua yang didakwa oleh Namewee itu adalah benar.

“Tapi ini cakap orang yang baru keluar lokap, jadi dia akan cakap macam-macam.

“Kita jangan ambil 100 peratus apa yang dia cakap itu (sebagai) kebenaran,” katanya.

Khalid berkatatidak ada lokap yang dalam keadaan amat ‘menyedidhkan’ naumun yang pasti ada yang merlukan penambah-baikan.

“Di kawasan Lembah Klang, kita dah ada centralized lokap yang modern, lengkap dengan segala peralatan.

“Tapi lokap di balai-balai lama masih dalam peringkat pembaikan untuk kita mencapai standard yang sama macam di Shah Alam, Lembah Klang,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS