BN hilang 45 kerusi? Itu cuma andaian, kata MCA
Presiden MCA Liow Tiong Lai menolak dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahawa peralihan kecil undi dalam pilihan raya umum akan datang boleh menyebabkan BN hingga 45 kerusi kepada pembangkang.
Katanya, dakwaan Presiden Penaja BERSATU Muhyiddin Yassin hanya andaian dan bertujuan mengalihkan perhatian BN.
Bagaimanapun, kata Liow, gabungan parti pemerintah tidak akan termakan umpan itu.
Apa yang paling penting, katanya, kerajaan harus terus melaksanakan agenda transformasi.
“Kita lebih pada tenaga positif. Kita lebih konstruktif.
“Kita telah membina negara ini di landasan yang betul,” katanya ketika ditemui pemberita dalam sebuah acara di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan Muhyiddin pada Jumaat lalu bahawa 67 kerusi parlimen BN goyah.
Katanya lagi, 45 kerusi akan tumbang ke tangan pembangkang jika berlaku peralihan hanya 4 peratus undi.
Kebanyakan kerusi ini disandang oleh Umno, kata pemimpin parti serpihannya itu.
[Baca berita asal]

