Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim jelas dengan saman DOJ, dakwa menteri yang 'keliru'
Diterbitkan:  Sep 5, 2016 5:54 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Dituduh keliru dengan perbezaan antara kes jenayah dan saman sivil, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sebaliknya mendakwa menteri Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang keliru.

"Sabri yang benar-benar keliru - sama ada secara sengaja atau sebaliknya - berhubung kontroversi DOJ-1MDB," dakwa Lim, yang sepanjang kenyataannya merujuk Ismail sebagai Sabri.

Lim berkata, ini kerana Ismail kononnya tidak dapat membezakan antara telur ayam dan telur penyu.

Beliau merujuk kepada laporan Ismail yang menafikan dirinya menjamah telur penyu yang dihidangkan pada majlis makan malam anjuran Umno di Sandakan sekitar setahun lalu, berikutan gambar berkenaan tersebar luas di laman media sosial.

"Bayangkan seorang menteri yang keliru antara telur penyu dan telur ayam menuduh saya yang keliru antara kes sivil dan jenayah oleh tindakan mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk melucuthakan ke atas aset berkaiatan 1MDB...," kata Lim.

Ismail semalam dilaporkan menuduh Lim keliru kerana saman sivil DOJ adalah berkaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram di Amerika Syarikat dan oleh itu, adalah di luar bidang kuasa polis Malaysia.

Ismail Sabri, yang juga adalah menteri luar bandar dan pembangunan, mengulas kenyataan awal Lim yang menuduh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pilih kasih dalam isu 'Malaysian Official 1'.

Lim berkata ahli parlimen Bera itu seharusnya mendedahkan hasil siasatan ke atas majlis makan malam 'telur penyu' tersebut sebelum menimbulkan lebih banyak kekeliruan mengenai isu 1MDB.

"Sabri perlu beritahu rakyat Malaysia hasil siasatan makan malam 'telur penyur' pada mesyurat bahagian Umno Beluran di Restoran Indah Keranamu di Sandakan pada Ogos tahun lalu sebelum beliau menimbulkan kekeliruan baru berhubung skandal global 1MDB yang jelas di luar pemahamannya,” kata Lim.

Beliau mendakwa ini kerana Ismail Sabri tidak memahami kenyataan dan ucapannya mengenai isu 1MDB, sejak pengakuan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman pada temu bual 1 September lalu dengan badan penyiaran Britain, BBC mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah Malaysia Official 1 (MO1) yang dirujuk 36 kali dalam laporan DOJ sebagai menyelewengkan AS$ 731 juta dari 1MDB ke dalam akaun bank peribadinya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS