Pertemuan tanpa diduga antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan seterus politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menyebabkan anggota PKR meninggalkan parti itu secara beramai-ramai, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Mahathir jumpa Anwar? Mengapa? Dia ke mahkamah untuk dapatkan sokongan PKR.

“(Tetapi) dia lupa ramai yang meninggalkan Umno untuk menyertai PKR 20 tahun lalu kerana apa yang dia lakukan kepada Anwar," katanya pada sidang media selepas menghadiri KDN keselamatan psikologi seminar di Putrajaya.

"Jadi, apabila dia berjumpa Anwar untuk mennyatakan sokongannya, saya fikir ramai ahli PKR akan jadi marah," katanya.

"Ini benar-benar akan membantu Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang kerana ahli PKR mungkin tidak berpuas hati dan mereka akan meninggalkan PKR," katanya.

Nur Jazlan yang juga adalah ahli majlis tertinggi Umno percaya bahawa Mahathir terpaksa mendekati Anwar kerana menyedari dirinya tidak lagi mampu menarik sokongan meluas rakyat.

"Rakyat hari ini bukan lagi rakyat yang sama semasa 22 tahunnya (sebagai perdana menteri).

"Belia har ini tidak kenal siapa Dr Mahathir. Dia tahu dirinya lemah, dia terpaksa mencari Anwar untuk menyatukan pembangkang," katanya.

[Baca berita penuh]