Mahu ke KL, tapi cuma sampai ke Melbourne
Diterbitkan: Sep 7, 2016 4:41 PM | Dikemas kini: Sep 7, 2016 5:37 PM
Sebuah pesawat AirAsia dijadual terbang dari Sydney ke Kuala Lumpur yang sejauh 6,611km daripada bandar terkenal di Australia itu.
Bagaimanapun, selepas sembilan jam penerbangan, mereka hanya sampai di Melbourne, ibu kota negara kanggaru, yang cuma 722km dari barat daya Sydney.
The Guardian melaporkan, perkara itu berlaku apabila juruterbang memasukkan kordinat salah ke dalam sistem penerbangan dalaman, menurut siasatan keselamatan udara.
Selepas tiga jam di lapangan terbang itu, pesawat itu terbang semula dan tiba di Kuala Lumpur enam jam lebih lewat daripada yang dijadualkan.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mencadangkan AirAsia menaik taraf sistem penerbangan.

