Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
BERSIH 4: Mahkamah batal tuduhan ke atas Maria
Diterbitkan:  Sep 7, 2016 6:19 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membatalkan pertuduhan ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA) atas dakwaan gagal memaklumkan kepada pihak polis mengenai penganjuran himpunan itu tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Maria untuk membatalkan pertuduhan itu.

Hakim Datuk Tengku Maimum Tuan Mat yang mengetuai panel memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes Setiausaha Kerja PKR Johor, R Yuneswaran tidak boleh digunakan secara retrospektif seperti yang termaktub dalam Perkara 7 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim.

Dalam kes Yuneswaran, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa peruntukan menjadi kesalahan kerana gagal memberikan notis sebagai "berperlembagaan, sah, dan boleh dikuatkuasakan".

Lima bulan sebelum itu, mahkamah yang sama memutuskan penghakiman berbeza membabitkan ADUN PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Maria hari ini diwakili oleh peguam M Puravelan dan Ambiga Sreenevasan manakala Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan Hamdan Hamzah mewali pihak kerajaan.

Pada 3 Nov 2015, Maria didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi polis notis 10 hari untuk himpunan BERSIH 4 yang diadakan 29 dan 30 Ogos tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS