Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BUCG, keluarga mangsa tragedi kren selesai cara baik
Diterbitkan:  Sep 8, 2016 10:22 PM
Dikemaskini: 2:33 PM

Ahli keluarga mangsa tragedi dihempap kren minggu lalu mencapai persefahaman secara baik dengan firma yang berpangkalan di China, Beijing Urban Construction Group (BUCG).

Sehubungan itu, keluarga mangsa tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap BUCG kerana menyebabkan kematian eksekutif pentadbiran Joice Chin Khoon Sing, 23 (sebelum ini dilaporkan sebagai Chim Khoo Sing).

Menurut laporan The Star, abang Joice Chin Khoon Ying, 26, berkata keluarga gembira dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh BUGC sejak tragedi itu pada 25 Ogos lalu.

"Selepas bertemu dengan mereka dan menerima bantuan daripada mereka, kami mencapai persefahaman [...]

"Kami kini mahu melupakan tragedi ini kerana memanjangkan ia hanya akan menyebabkan lebih kesakitan," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata keluarga itu tidak akan mengambil tindakan undang-undang walaupun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mendapati BUCG tidak mempunyai niat dalam siasatan yang dijalankan.

The Star juga memetik peguam keluarga itu, Jason Ng Kau, mengesahkan bahawa bantuan BUGC itu termasuk bantuan kewangan.

"Bagaimanapun, kami tidak mahu mendedahkan jumlah untuk melindungi keselamatan keluarga," beliau dilaporkan berkata.

Menurut Oriental Daily, sidang media di Sunway Resort Hotel & Spa hari ini hanya bertahan selama 10 minit. Turut hadir ibu Joice, Yeoh Ang Hooi, 51.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS