NGO nafi setuju draf pindaan akta perkahwinan
Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menafikan menyokong draf kerajaan untuk meminda Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
Timbalan presiden kumpulan antara agama ini, Datuk RS Mohan Shan memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini bahawa draf pindaan yang dikhabarkan akan dibentangkan di kabinet esok, dan kononnya draf berkenaan telah dipersetujui oleh MCCBCHST.
Pindaan itu bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian hak penjagaan kanak-kanak yang timbul akibat penukaran agama di satu pihak ibu bapa, tetapi Mohan berkata MCCBCHST masih belum melihat pindaan yang dicadangkan.
"Sehingga hari ini, kami belum melihat draf pindaan itu, oleh itu kita tidak boleh bersetuju tanpa melihatnya," katanya pada sidang akhbar.

