Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zaid: Dr M jumpa Anwar, salam mesra - apa lagi kamu mahu?
Diterbitkan:  Sep 13, 2016 2:30 PM
Dikemaskini: 6:37 AM

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan enyokongnya serta mereka yang memihak kepada pembangkang supaya menghentikan serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mencadangkan bahawa tugas menghentam bekas perdana menteri itu diserahkan kepada menteri kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Najib dan kuncu-kuncu mereka.

Zaid mengulas kenyatan pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Saari Sungib, yang mahu Mahathir untuk memohon maaf secara terbuka bagi salah laku sepanjang tempoh 22 tahun.

“Mahathir sudah pergi berjumpa Anwar Ibrahim, mereka bersalaman mesra, mereka tahu apa yang mereka buat; apa lagi Saari Sungib mahu?

“Mahathir telah beberapa kali berkata ada kesilapan beliau semasa memerintah bagitu lama. Mahathir juga telah meminta maaf diatas pindaan Perlembagaan yang menjejaskan kuasa Raja-Raja dulu, jadi apa lagi Saari Sungib mahu? soalnya dalam posting di blog.

Zaid juga mempersoalkan sama ada tidak salah bagi Najib untuk mencium tangan Mahathir pada masa lalu, atau untuk Anwar dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana begitu mesra dan setia kepada Dr Mahathir dan Najib sebelum dipecat.

“Jadi berapa orang dari pemimpin yang ada yang kita mahu minta maaf sekarang ini?” oalnya lagi.

Dua kumpulan

Bekas menteri Umno itu berkata semua pemimpin membuat kesilapan semasa berkuasa, jadi jadi tidak perlu seseorang bersikap bahawa segala kesilapan datang dari Dr Mahathir seorang sahaja.

“Yang penting kita sedar bahawa kita ada dua kumpulan pemimipin; satu yang pernah memerintah secara korup dan menyalahgunakan kuasa tetapi insaf dan mahu berubah; dan yang satu lagi masih terus berbohong dan menipu rakyat kerana mereka tidak insaf dengan kesilapan mereka.

“Saari dan kawan-kawannya boleh pilih yang mana satu idaman kalbu!” katanya.

Memetik dirinya sebagai contoh, Zaid berkata, beliau tidak menaruh sebarang dendam terhadap Mahathir dan Muhyiddin kerana menerima kata-kata kesat mereka apabila beliau bertanding pada pilihan raya kecil di Hulu Selangor di bawah tiket PKR.

“Saya masih ingat bagaimana kempen Umno secara peribadi yang menghina saya dan keluarga.

“Saya masih ingat apa yang mereka kata bila saya sebagai menteri membuat bayaran ‘sagu hati’ kepada hakim-hakim yang dipecat pada tahun 1988,” katanya.

Cara minta maaf

Namun menurut Zaid, apabila Dr Mahathir mempelawanya bekerja bersama-samanya untuk ‘Selamatkan Malaysia’ dan membantunya dalam parti baru, beliau menganggapnya sebagai cara bekas perdana menteri itu meminta maaf.

Katanya, banyak cara untuk meminta maaf, tetapi melupakan perkara yang lepas adalah sebaik-baiknya.

“Penerimaan saya ke dalam team Dr Mahathir itu saya anggap satu penghormatan dari seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara, walaupun ada kelemahan dan kesilapan beliau.

“Saya bangga dengan keberanian bekas PM yang berumur 91 tahun , tapi masih mahu memperbetulkan kepincangan yang ada,” katanya.

“Dia sayangkan negara ini, dan ini adalah pengorbanan asli. Dia tidak hanya suka hidup selesa naik jet ke sana sini atau bercuti di sana sini, tetapi dia sanggup bersusah supaya Malaysia diselamatkan.

“Saya bangga dengan sikap ini, oleh itu saya tetap akan membantunya. Apa lagi saya mahu?” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS