Pemilik AirAsia Tony Fernandes hari ini menyamakan kesakitan penyakit batu karang yang dialaminya dengan apa dilakukan syarikat penerbangan itu kepada pihak lain.

Katanya, pada satu malam beliau terjaga dari tidur selepas merasa sakit yang mencucuk, dan kemudiannya disahkan sebagai penyakit batu karang.

"Dan mereka berikan saya ubat untuk hilangkan sakit dan saya seperti, 'Wow, ubat ini hebat. Tolong beri saya lagi.

"Ia seperti Menteri (Pengangkutan) (Datuk Seri Liow Tiong Lai), apabila dia memberikan saya laluan baru (penerbangan) atau melakukan sesuatu yang besar untuk AirAsia.

"Kami berkata, 'oh wow, menteri, kamu bagaikan ubat," kata Fernandes dalam satu majlis di Sepang hari ini, sebelum memuji Liow kerana usaha proaktif untuk membantu industri penerbangan tempatan.

Maestro syarikat penerbangan itu kemudian terus bercerita mengenai kisah perubatannya dan bagaimana dia akhirnya memilih untuk mengeluarkan batu karang dari buah pinggangnya.

"Saya cuba mendapatkan spina (ubat bius), kerana anda tidak tahu seseorang dari Malaysia Airlines Bhd mungkin datang untuk menukar gas tambahan (ubat bius) dan menidurkan saya selama-lamanya.

"Saya mahu tetap terjaga," kata Fernandes secara berjenaka.

Doktor kemudian berjaya mengeluarkan batu berukuran 3.8mm itu, yang menurut beliau berwarna merah- warna utama yang digunakan oleh AirAsia.

"Untuk anda semua di luar sana yang mendapati AirAsia adalah syarikat penerbangan yang sukar berurusan dengannya, itulah sebabnya batu karang itu merah juga.

"Kerana kami tidak pernah berputus asa dan kami sentiasa berjuang untuk memberi terbaik," katanya.

Tidak jelas apa yang dimaksudkan, tetapi AirAsia memberi saingan dalam industri penerbangan apabila ia muncul pada tahun 1996.

Selain itu ketika berucap di Sepang Aircraft Engineering hari ini, Fernandes turut mengusik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

[Baca berita penuh]