Rakyat Malaysia dijangkiti batuk kering masih dirawat di Sydney
Rakyat Malaysia Salinah Nordin, 41, yang dijangkiti penyakit batuk kering kini dalam keadaan kritikal tetapi stabil di Hospital Liverpool, Sydney, Australia.
Menurut Wisma Putra wanita itu telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 18 Ogos, dan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dan Education Malaysia Australia (EMA) di Sydney telah mengadakan beberapa siri lawatan konsular terhadapnya.
"Pihak hospital telah mengesahkan bawah pesakit masih berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil," menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Wisma Putra, pihaknya bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi lain seperti Biro Kebajikan UMNO akan terus berusaha dalam menguruskan kebajikan Salinah dan keluarganya di sana.
-Bernama

