Setiap tahun pada tanggal 16 September kita menyambut Hari Malaysia untuk meraikan dan memperingati ulang tahun pembentukan negara yang kita cintai.
Tarikh hari ini merupakan detik bersejarah bagi mengenang pembentukan Malaysia yang disertai Malaya, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963.
Sempena perayaan ini, Malaysiakini mengucapkan selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti kepada semua rakyat di negara ini, khususnya kepada pembaca Malaysiakini.
Sebagai warganegara Malaysia, kita amat bertuah kerana dilahirkan di tanah air yang indah ini dengan masyarakat berbilang kaum.
Oleh itu marilah bersatu padu dan bekerja keras bagi membina sebuah negara yang lebih maju, demokratik dan makmur di masa depan.
Sempena cuti umum hari ini, Malaysiakini akan beroperasi dengan jumlah kakitangan yang terhad. Kami akan kembali dengan paparan berita terkini seperti biasa esok.
Selamat Hari Malaysia!
