Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS P Pinang desak Jeff Ooi minta maaf
Diterbitkan:  Sep 17, 2016 6:25 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) mendesak Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun memohon maaf secara terbuka khususnya kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din al-Hafiz.

Desakan itu berikutan tindakan anggota Parlimen DAP berkenaan yang menghina pemergian tokoh PAS itu semalam dengan menulis, "Adios Harun Din, let be peace", di laman twitternya.

Ketua Pemuda DPPNPP Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata tindakan Ooi itu telah mencemar reputasinya sebagai seorang anggota Parlimen yang sepatutnya menyelesaikan permasalahan rakyat dan bukan sibuk memaki hamun orang yang telah meninggal dunia.

"Lebih mengecewakan apabila tindakan bacul Jeff Ooi menyekat twitter ahli PAS Jelutong, saudara Mustaqim (Yahaya) apabila memohon penjelasan daripadanya.

"Sekiranya inilah sikap perjuangan DAP selama ini maka bersedialah untuk parti tersebut untuk tidak diterima masyarakat dan lenyap dari muka bumi ini khususnya di Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Afnan Hamimi berkata tindakan itu juga seolah-olah hendak menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS