Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Komponen BN diberi amaran persempadanan semula

Parti-parti komponen BN dan sekutunya diberi amaran bahawa cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya merupakan perebutan kuasa oleh Umno.

"Bukan sahaja PKR, DAP, PAS, Amanah, dan BERSATU berjuang menentang proses persempadanan semula ini.

"Saya mahu mengingatkan MIC, MCA, Gerakan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Makkal Sakti, dan apa sahaja parti yang ada, yang mereka sedang lemas dan diketepikan," kata ADUN Sri Andalas Dr Xavier Jeyakumar hari ini.

"Mereka beritahu secara langsung bahawa mereka tidak perlu undi kamu; kamu boleh dilantik kemudian, dan kamu tidak memiliki persamaan lagi.

"Itulah mesej dari Umno kepada semua parti komponennya, dan saya rasa parti-parti ini perlu tegas mengenai apa yang berlaku sekarang bagi membolehkan mereka mengambil tindakan, dan lantang bersuara mengenai apa yang berlaku," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS