Persidangan Dewan Rakyat akan memperuntukkan setengah jam pada hari Selasa dan Khamis untuk sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada sidang parlimen yang dijadual bermula 7 Oktober ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata MQT adalah antara proses transformasi Parlimen yang sedang dijalankan.

"Di negara-negara lain, mereka mempunyai ‘Waktu Pertanyaan PM’ soal jawab khusus untuk perdana menteri.

"Tetapi bagi kami, kami fikir, kenapa perdana menteri? Kenapa menteri-menteri lain tidak perlu menjawab soalan?" kata Pandikar pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen akan dikehendaki untuk mengemukakan soalan mereka kepada menteri sehari sebelum MQT, untuk memberi masa kepada mereka menyediakan jawapan, kata Pandikar.

Semasa MQT, setiap soalan akan dihadkan kepada 10 minit, dengan maksimum tiga soalan setiap sesi.

Ahli-ahli parlimen akan dibenarkan mengajukan sehingga dua soalan susulan selepas soalan pertama mereka, selagi lingkungan masa terhad kepada 10 minit itu.

[Baca berita penuh]