Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi mahu bentang RUU halang persempadanan SPR
Diterbitkan:  Sep 19, 2016 3:30 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bercadang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pada sesi Parlimen akan datang bagi memindahkan kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada sebuah badan bebas untuk melaksanakan persempadanan semula.

Setiausaha Agung PKR itu pada sidang akhbar hari ini berkata, ia akan melibatkan pindaan seksyen 8 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 113 yang melibatkan proses pilihan raya.

"Pindaan tersebut akan mengasingkan kuasa melaksanakan persempadanan semula dari SPR dan dipindahkan kepada satu badan bebas yang ditubuhkan untuk melakukan persempadanan semula secara adil di bawah satu perkara baru iaitu Perkara 113A," kata Rafizi.

Langkah itu diambil selepas cadangan persempadanan semula oleh SPR menerima bantahan daripada pembangkang dan parti komponen BN kerana memihak sebahagian besarnya kepada Umno.

Dalam analisis yang dipaparkan pada sidang akhbar bersama NGO Invoke hari ini, Rafizi menunjukkan persempadanan semula akan mengurangkan kerusi-kerusi campuran akibat peralihan pengundi.

Langkah itu pada keseluruhannya akan meningkatkan majoriti Melayu dan mengurangkan perwakilan bukan Melayu di kawasan berkenaan.

Beliau berkata sebagai contoh, pengundi bukan Melayu akan dilambakkan dalam satu kawasan seperti di Damansara dengan jumlah pengundi sebanyak 150,439 berbanding di Parit Perak yang ditandingi Umno dengan pengundi seramai 33,368.

DUN Damansara berada di bawah parlimen Petaling Jaya Utara yang dimenangi DAP menyaksikan peningkatan hampir 80 peratus pengundi berbanding pilihan raya umum lepas seramai 85,401 pengundi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS