Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim arah peguam lawan sepenuhnya tindakan AG
Diterbitkan:  Sep 22, 2016 12:26 PM
Dikemaskini: 4:43 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengarahkan peguamnya untuk menentang sepenuhnya tindakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk memulakan prosiding komital  terhadapnya.

Peguamnya yang juga adalah ahli parlimen DAP, Gobind Singh Deo berkata Lim tersinggung dengan sindiran yang dilemparkan terhadapnya itu.

"Kami mempunyai arahan tegas untuk menentang sepenuhnya permohonan tersebut bagi pihak pelanggan kami dan mengambil segala langkah perlu di mahkamah untuk membersihkan namanya daripada tuduhan itu dan kami akan melakukan apa yang diperlukan ke arah mencapai matlamat tersebut bagi pihak pelanggan kami dengan serta-merta.

"Tuduhan terhadap Lim adalah paling serius dan mempunyai implikasi serius terhadap dirinya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada Apandi untuk memulakan prosiding komital ke atas Lim berhubung kenyataannya.

Peguam Negara memohon untuk memenjarakan Ketua Menteri itu berhubung komennya mengenai rasuah dan pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.

Dalam saman itu, Peguam Negara memohon kebenaran untuk perintah komital terhadap Lim supaya dikomitkan ke penjara kerana melakukan penghinaan mahkamah (prosiding komital) dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media cetak dan/atau media sosial yang akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah.

Menurut saman pemula bagi kes yang difailkan pada 18 Ogos lalu, Lim membuat kenyataan pada sidang media selepas melancarkan 'Simposium Dr Wu Lian Teh' oleh Institut Pulau Pinang pada Julai di Jalan Brown, Georgetown.

Beliau didakwa berkata tuduhan terhadapnya sebagai konspirasi yang akan memasukkannya ke penjara, dan kenyataannya didakwa memberi makna jelas bahawa "mahkamah juga terlibat dalam konspirasi yang didakwa itu" dan akan memenjarakan Lim berhubung tuduhan rasuah yang direka itu.

Sementara itu, Gobind berkata kertas pertuduhan berkenaan dengan permohonan tersebut belum diserahkan kepadanya.

"Saya akan mengulas mengenai permohonan tersebut lagi selepas saya menerima dan meneliti sepenuhnya jika perlu," katanya.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, didakwa dengan dua pertuduhan rasuah pada 30 Jun.

Pertama, beliau didakwa menukar status sebidang tanah di Balik Pulau daripada pertanian kepada kediaman untuk memberi manfaat kepada pemilik plot itu - Magnificent Emblem Sdn Bhd.

Beliau juga didakwa membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta yang di bawah nilai pasaran, daripada ahli perniagaan Phang Li Koon.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS