BERITA Malaysiakini

NGO PKR perkenal insentif tunai tarik pengundi muda mendaftar

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

NGO berkaitan PKR, Invoke menawarkan wang tunai dalam usaha menarik kira-kira empat juta pengundi muda yang belum mendaftar supaya berbuat demikian.

Menurut NGO itu, susulan kajiannya dalam talian mendapati kebanyakan belia berkata mereka akan mendaftar jika terdapat insentif tunai.

Bermula hari ini, mereka yang mendaftar berpeluang memenangi hadiah mingguan sehingga RM1,000 tunai melalui pertandingan di laman web Invoke.

Mereka cuma perlu memuat naik slip pendaftaran pengundi, memaklumkan kepada Invoke mengapa mereka memilih untuk mendaftar dan memberikan beberapa butiran peribadi untuk berpeluang memenangi wang tunai.

Mereka yang membekalkan jawapan terbaik setiap minggu berpeluang memenangi hadiah utama RM1,000, dua hadiah kedua bernilai RM500 setiap satu dan tiga hadiah sagu hati RM200 setiap seorang.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, yang juga adalah penasihat Invoke, berkata pengundi belum berdaftar yang berumur 40 dan ke bawah adalah cenderung kepada Pakatan Harapan dan pembangkang.

Rafizi sebelum ini menjanjikan RM300,000 simpanan peribadinya untuk membantu Invoke.

[Baca berita penuh]