Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Noor si wanita bertudung hiasi majalah Playboy
Diterbitkan:  Sep 27, 2016 2:46 PM
â‹…
Dikemaskini: 6:52 AM

Ada apa dengan wartawan bertudung AS muncul dalam majalah dewasa terkenal, Playboy?

Namun bagi Noor Tagouri imej itulah yang menjadi kebanggan pada dirinya.

Bercakap kepada Playboy Noor berkata tudung menjadikan dia mudah menjalankan tugas serta wartawan lebih baik.

"Secara jujur, rasanya bertudung membantu saya mendapatkan kepercayaan (daripada orang yang ditemuduga).

"Saya tahu bagaimana rasanya masyarakat kita dieksploitasi dalam media kerana kurang jelas dengan keadaan sebenar.

"Apabila menemu bual seseorang saya bertekas untuk tidak melakukan kesilapan itu pada mereka dan membuat laporan jujur kerana ia penting dan berhak diceritakan secara adil," katanya kepada Playboy.

 

 

Temu bual majalah itu bersama Noor disiarkan dalam Playboy edisi Oktober ini yang muncul dengan tema Renegades.

Ketika ini dia bertugas untuk rangkaian Newsy yang menerbitkan berita-berita semasa melalui video pendek.

Tampil berseluar jeans, berjaket kulit dan berkasut Converse, Noor, 22, berkata cita-citanya ialah menjadi wanita bertudung pertama diangkat sebagai anchor stesen televisyen komersial AS.

Mengenai kritikan dan celaan yang diterimanya di atas talian, Noor mempunyai cara tersendiri untuk menghadapinya.

Bagi Noor tidak berbaloi untuk dia membaca atau memberi perhatian kepada komen tidak membina itu.

"Ia adalah sumber negatif dan tidak sihat. Saya pastikan sentiasa dikelilingi orang yang hebat supaya sentiasa sedar diri.

"Jika ada orang yang menunjukkan minat serta menyuarakan pandangan secara membina, saya terima.

"Selain itu saya cuma buat apa yang terbaik dan tidak mengendahkan orang yang tidak bersetuju atas penampilan saya," katanya.

Mengenai tindakannya bertudung di depan kamera Noor berkata ia bukan kekangan.

"Ia memberi kekuatan kepada saya, bukannya menyebabkan saya membuat laporan yang berbeza daripada keadaan sebenar," katanya kepada The Washington Post.

Lihat Komen
ADS