Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAIWP tak dibenar celah dalam kes kalimah Allah

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak dibenarkan untuk mencelah dalam permohonan semakan kehakiman gereja Sidang Injil Borneo (SIB) berhubung haknya untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan dan amalan keagamaannya.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa MAIWP untuk tampil sebagai curiae amicus (rakan mahkamah) dalam perkara itu.

Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer yng mengetuai panel tiga hakim berkata memandangkan peguam negara selaku penjaga kepentingan awam, yang mewakili kementerian dalam negeri, tidak ada keperluan untuk agensi lain untuk berada di sana.

Dalam permohonan induk mereka pada 10 Disember 2007, Gereja SIB dan presiden gereja, Rev Jerry WA Dusing @ Jerry W Patel memohon untuk mendapatkan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai responden.

Mereka mencabar tindakan Jabatan Kastam merampas buku yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos 2007.

Buku berkenaan bagaimanapun dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Januari 2008.

Mereka memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam semua penerbitan dan amalan agama mereka, bukan sahaja di gereja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS