Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Saranan wujudkan mekanisme lindung penderma politik
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 1:45 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mencadangkan satu mekanisme perlu diwujudkan bagi membolehkan penderma yang merasakan mereka telah dilayan secara tidak adil untuk mendapatkan keadilan.

Ini susulan kebimbangan dari parti pembangkang bahawa penderma dana mereka mungkin didiskriminasi apabila tindakan mereka itu didedahkan kepada umum.

“Langkah-langkah perlu diambil untuk mengenakan tindakan ke atas diskriminasi atau penganiayaan terhadap penderma dan mekanisme perlu diwujudkan bagi membolehkan penderma yang merasakan mereka telah dilayan secara tidak adil untuk mendapatkan keadilan,” kata pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Paul Low dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ini mungkin termasuk pengenalan peruntukan dalam undang-undang antidiskriminasi yang sedia ada atau pengenalan undang-undang yang baharu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, walaupun mereka menyokong pembaharuan pembiayaan politik tetapi menegaskan bahawa pembaharuan itu tidak seharusnya disalahgunakan oleh parti pemerintah untuk menjadikan penderma pembangkang sebagai mangsa.

Jawatankuasa itu juga mencadangkan supaya semua sumbangan ‘pihak ketiga’ kepada parti atau ahli politik yang bernilai lebih RM3,000 atau secara kumulatif lebih RM3,000 setahun atau daripada pelbagai sumber untuk aktiviti yang sama, mesti diisytiharkan.

"Organisasi atau individu yang membuat derma mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan nilai wang sokongan, dengan apa-apa sumbangan berupa barangan ditukar kepada nilai wang yang boleh dipercayai, kepada Pengawal dalam tempoh 30 hari daripada aktiviti tersebut,” kata laporan itu.

Kegagalan mengemukakan penyata kewangan pada masa yang ditetapkan akan dianggap sebagai satu amalan rasuah dan secara automatik akan tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan rasuah.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS