Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Hitler' Filipina gembira nak sembelih penagih dadah
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 3:50 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

GLOBAL Presiden Filipina Rodrigo Duterte, yang terkenal dengan cakap lepas dan pendirian kerasnya pada pengedar dadah, hari ini mencuri perhatian awam lagi.

Dalam ucapannya di Bandar Davao, selatan Filipina, Duterte menyamakan dirinya dengan pemimpin Nazi Adolf Hitler dan menyuarakan rasa senangnya untuk menghapuskan tiga juta pengedar dan penagih dadah negara itu.

Berucap ketika pulang daripada Vietnam, Duterte memberitahu pemberita bahwa beliau digambarkan sebagai sepupu Hitler oleh pengkritiknya, lapor Reuters.

Menyentuh pembunuhan Hitler terhadap berjuta-juta Yahudi, Duterte berkata:

“Ada tiga juta penagih dadah (di Filipina), saya gembira untuk sembelih mereka.”

“Jika Jerman ada Hitler, Filipina akan ada...,” katanya sambil berhenti sebentar dan menunjuk ke arah dirinya sendiri.

“Kamu tahu mangsa saya.

“Saya mahu semua penjenayah tamatkan masalah di negara saya dan selamatkan generasi akan datang daripada kesengsaraan.”

Ucapannya itu sekali gus mengejutkan kumpulan Yahudi di Amerika Syarikat yang kemudian mendesak Amerika Syarikat (AS) bertegas terhadap Duterte.

Bagaimanapun, Presiden AS Barack Obama sendiri sebelum ini pernah dimaki oleh Duterte sebagai “anak jalang” selepas ditanya pemberita berkaitan kemungkinan AS akan membangkitkan isu hak asasi manusia terhadap tindakan keras antidadah Filipina.

Duterte didakwa bertindak sehingga menyebabkan kematian pengedar dadah tanpa melalui proses mahkamah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS