Berita Malaysiakini

Mayat bayi dibuang dalam bungkusan plastik

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Empat pekerja kontraktor pemungut sampah terkejut apabila satu bungkusan plastik merah yang disangka sampah rupa-rupanya mengandungi mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Baharom Abu berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang tadi di Pasir Tumboh di Kota Bharu, empat pekerja itu menyedari mayat bayi yang cukup sifat itu ketika hendak membuang bungkusan plastik itu ke dalam lori sampah.

Selepas melihat kandungannya, seorang daripada pekerja itu telah menghubungi polis, katanya kepada Bernama.

Polis sedang menyiasat kes itu bagi mengesan pihak yang membuang mayat bayi itu.

- Bernama