Zaid mungkin bertanding atas tiket DAP, AMANAH
Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendedahkan beliau mempunyai peluang 50 peratus untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Perkiraan itu, kata beliau, berdasarkan kepada beberapa sebab.
"Satu, saya mempunyai kes jenayah yang belum selesai, didakwa kerana menghina perdana menteri apabila saya kata beliau berbahaya dan perlu berundur.
"Walaupun peguam saya di kalangan yang terbaik, saya masih mempunyai peluang 50 peratus untuk didapati bersalah dan hilang kelayakan untuk bertanding," katanya.
Jika itu tidak berlaku, kata Zaid, beliau akan mempunyai peluang 50 peratus untuk menyertai sama ada DAP atau Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Saya harap mereka akan terima saya dan memberikan kerusi jika saya memohon untuk menyertai mereka," katanya.
Akhirnya, Zaid menambah, walaupun beliau mahu bertanding, hanya ada peluang 50 peratus untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk membiayai pilihan raya.
"Sekarang terdapat cadangan di bawah undang-undang baru yang menetapkan tiada had kepada berapa banyak calon boleh menghabiskan semasa pilihan raya, cadangan yang membawa bencana kepada calon-calon pembangkang dengan sedikit wang," katanya.

