MCA cabar DAP: Nyatakan pendirian 'rundingan bersama PAS’
Pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengadakan perbincangan dengan PAS bukannya satu kejutan, kata seorang pemimpin MCA.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata penjajaran semula itu memang dijangkakan kerana gabungan pembangkang menyedari bahawa mereka memerlukan undi Melayu bagi merealisasikan impian untuk menawan Putrajaya.
Dalam hal ini, katanya, parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) gagal mendapat sambutan.
"Tetapi seperti kata pepatah, bola kini di gelanggang DAP.
"Adalah menarik untuk melihat bagaimana Lim Kit Siang dan yang lain bertindak balas terhadap perkembangan ini.
"Adakah DAP sedia menjilat ludahnya dan bersekongkol sekali lagi dengan PAS? Bagaimanakah DAP akan menjelaskannya kepada penyokong?" soalnya kepada Malaysiakini.
Ti berkata DAP tidak boleh berdiam diri memandangkan kedua-dua parti saling melemparkan pelbagai tuduhan pedas ketika berkuburnya Pakatan Rakyat.
Beliau berkata DAP bersama Semangat 46 yang memberi kuasa kepada PAS dengan menyerahkan Kelantan dan asas kuasa kepada mereka.
Sejak itu, beliau berkata, PAS berkembang daripada sebuah parti luar bandar kurang penting kepada gergasi yang berjaya memaksa Umno meninggalkan kesederhanaan untuk bersama PAS memperjuangkan politik berasaskan agama.
"Adakah kita melalui semua ini seperti era 80-an. Adakah DAP akan terus memekakkan diri dan membisu memandangkan perkembangan terbaru ini?
"Atau beranikah DAP untuk mengatakan 'tidak' kepada PAS dalam Pakatan Harapan?" soalnya.
Ti berkata persoalan yang terbakar akan - adalah keinginan untuk membentuk kerajaan begitu besar bahawa prinsip-prinsip teras mengajar selama beberapa dekad ditinggalkan dalam mengejar kuasa?
Anwar, ketika ditemui presiden pro-tem BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin di mahkamah pagi ini, kemudian memberitahu pemberita bahawa mereka bersetuju supaya Pakatan Harapan dan BERSATU mengadakan perbincangan dengan PAS.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Lim dan setiausaha penganjur parti itu, Anthony Loke enggan mengulas buat masa sekarang.

