Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
NGO Pulau Pinang mahu pantau aktiviti gondol bukit

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang telah berganding bahu bagi mewujudkan sebuah laman web 'Hills Watch Penang' bertujuan memantau semua aktiviti penggondolan bukit di negeri ini.

Wakil Forum Penang, Kam Suan Pheng berkata, pembikinan laman web itu hampir siap dan bakal dilancarkan menjelang akhir Oktober ini.

"Oleh kerana ia adalah sebuah laman web percuma dan terbuka, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diuruskan," kata Kam.

"Kita sedang menyiapkan panduan pengguna mengenai cara untuk melaporkan kes-kes penggondolan bukit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri tayangan dokumentari bertajuk "The Disappearing Hills" semasa Festival Filem Kebebasan di Pulau Pinang pada Ahad lepas anjuran Komas.

Kam yang merupakan seorang perunding geospatial adalah bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia dan berkongsi pandangan beliau mengenai aktiviti penggondolan bukit selepas pemeriksaan.

Antara lain yang turut berkongsi pandangan mereka mengenai perkara itu ialah Dr Ti Lian Geh dari Persatuan Penduduk Taman Lau Geok Swee dan aktivis Rexy Prakash Chacko yang juga ahli Forum Penang.

Menurut Rexy, inisiatif oleh Forum Penang bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu penggondolan bukit di negeri ini serta melibatkan mereka dalam melaporkan aktiviti penggondolan bukit kepada pihak berkuasa negeri.

"Sesiapa yang menyaksikan aktiviti sedemikian, sila tangkap gambar-gambar dan tandakan lokasi dan kemudian menghantar maklumat tersebut kepada WhatsApp Forum Penang di talian 011-51274277.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS