Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama dari DAP, Yeo Bee Yin menyambut pelawaan untuk melawat Pusat Permata Anak Negara (PERMATA) di Kerinchi, Kuala Lumpur esok.

Pelawaan tersebut dibuat selepas Yeo menzahirkan sokongan ke atas segala usaha untuk menggalakkan pendidikan awal kanak-kanak, termasuk program PERMATA yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Yeo mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai penerimaan jemputan itu yang diberikan oleh pembantu kepada isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor.

Acara lawatan itu meliputi taklimat mengenai PERMATA dan sesi soal jawab.

Baru-baru ini, Rizal Mansor mengulangi pelawaannya kepada Yeo untuk melawat PERMATA dengan syarat.

Selepas tiga hari, Yeo mesti mengadakan sidang media bagi menjelaskan berkenaan kontroversi terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“YB Yeo mesti bersetuju untuk mengadakan sidang akhbar menjemput semua media dan sebagai balasan mesti bersetuju untuk menjelaskan secara terperinci mengenai kontroversi DAP bernilai berbilion ringgit itu," ujarnya.

Kerajaan Pulau Pinang diketuai oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

[Baca berita asal]