Video seorang lelaki menampar dan memukul seorang perempuan berusia yang dipercayai berlaku di sebuah rumah perlindungan orang tua mulai tersebar luas di internet.

Dalam video 11 saat itu, seorang lelaki kelihatan memarahi perempuan itu sebelum mengangkat tangannya.

Wanita itu kemudian cuba melindungi kepalanya tetapi lelaki berkenaan memukulnya berulang kali.

Dalam tempoh empat jam selepas video itu dimuat naik di Facebook, ia menerima lebih 350,000 tontonan dan hampir 600 yang mengongsikannya.

Video ini menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna di laman maya yang mengutuk tindakan itu.

“Mungkin tu nenek ada buat salah, tapi tidak perlu la pukul. Bodoh btul la. Itu org tua lah...suda nyanyuk.kau muda2 tapi perangai pun ikut nyanyuk,” kata pengguna Facebook Ares Is.

"Kkamu juga ada ibu, jangan buat seperti ini," kata seorang lagi pengguna, Daniel Chin.

Terdapat sebilangan besar komen yang memaki hamun tindakan lelaki itu.

Warga maya mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah rumah perlindungan orang tua di Melaka.

Malaysiakini telah menghubungi rumah perlindungan itu dan tidak menyiarkan namanya sementara menunggu ulasan mereka.

[Baca berita penuh]